"I welcome and seek your ideas, but do not bring me small ideas; bring me big ideas to match our future." - Arnold Schwarzenegger

15 September, 2015

Kerja !

Salam sejahtera ke atas kamu.

Akhirnya !

Selepas beberapa minggu memburu kerja, Kuala Lumpur telah aku tawan. Terima kasih sang pujangga hati merangkap co-driver dan juga job advisor hehehe

I love you !

01 August, 2015

Part of Me (Last Part)






Salam sejahtera ke atas kamu.

Masuk tahun 2015 terus abang sibukkan diri. Aktifkan diri buat itu ini. Abang rasa hidup abang sangat woww masa tu. Abang mula susun jalan hidup abang. Soal jodoh abang serah semua pada-Nya.

Nak dijadikan cerita pada May 2015 a few day lepas abang konvo, abang dapat satu call. What a big suprised ! Atika call. Sebelum tu abang nak tanya, apa perasaan hangpa bila dapat call daripada orang yang hangpa suka selama ni? Macam tu lah abang rasa. Mungkin lebih lagi. Speechless, clueless. 

Even dia call nak tanya pasal sungai Juru but persoalannya siapa sangka dia akan call abang. Abang sendiri tanjat terkezut. Tiba-tiba blood pressure abang naik, berpeluh. Tapi abang punya level cool dah sampai tahap master. Since that day, abang keep in touch dengan dia. Whatsapp, wechat. Even tak selalu tapi abang rasa happy. Sampai satu masa at the end of June, abang rasa nak terus terang. 

Tengah malam tu abang whatsapp dia, abang terus terang yang abang nak masuk meminang even at that time abang punya saving takdalah banyak mana. Risau jugak kalau kalau dia suruh masuk meminang besok hahahaha

Malam tu abang rasa nak menangis. Sebab apa? Sebab dia terima abang. Officially abang melamar or suara kan hasrat abang on 30th June 2015. And I really hope this relationship will end up until Jannah. InsyaAllah. Pic di atas abang pick randomly. That's how abang dan dia harini. Abang dah tak perlu curi tengok lagi sebab dia dah selalu ada dengan abang hehehe

Akhirnya, selepas 4 tahun abang tunggu, abang berjaya curi hati dia. Not just dia, hati parent and family dia. Apa yang abang belajar adalah erti kesabaran dan pengorbanan. Abang sabar tunggu, sebab abang yakin.

Untuk Nur Atika, Amoi, Sayang or whatever I had call you before,
"I may not be your first. But as long as you love me now, what else matters? I will hold you and give you the most I can. I am not going to hurt you and I am not going change you. I love you the way you are. I will always be there for you. I lost you once. I am not going to lose you again. I don't have much to give you, but I promise you can have the best of me."

27 July, 2015

Part of Me (Part 3)


Salam sejahtera ke atas kamu.

Hopeless. 

That's the only thing yang abang rasa beberapa tahun yang lepas sebelum kenal dia. Abang kan stalker tegar. So abang tahu sedikit sebanyak pasal dia. Kisah hidup dia dan kisah abang berbeza. Abang tak dak lah frust sampai nak hiris tangan guna cotton bud, gantung kaki ke atas kepala ke bawa, telan sup ayam sampai tercekik. Tak dak lah sampai cengitu.

Abang ada la juga contact dalam facebook tapi tersangat lah jarang. Rasanya once in 4,5 month kot. Abang selalu usik dia dekat insta. Kadang-kadang abang cuba bagi hint. Mungkin hint abang tak sampai dekat dia. Jelas disitu abang tak cukup power lagi.

So, lepas abang tahu yang she had someone, I can't tell you all semua macam mana abang rasa. At that time abang rasa kecewa dengan diri sendiri. Sebab abang tak pernah cuba approach her. Masa tu memang menyesal tak sudah lah. Cuba cakap dekat abang manusia mana yg takdak perasaan. Abang pon manusia juga. 

Apa boleh buat nasi sudah jadi bubur. Masa tu abang dah tak fikir pasal jodoh sangat. Tanya pasal kawin pon abang cakap nuu umoq 30 baru kawin. Begitu sombong, angkuh dan yakinnya abang pada masa tu hahahaha

Masa tu yang ada dekat abang cumalah harapan. 2 tahun setengah abang dekat UiTM, abang berjaya pagar pintu hati abang dengan sangat kukuh. Lagi setengah tahun biasalah, kecundang di tepi jalan. Nasib baik tepi jalan, kalau tengah jalan mampus abang kena langgar hahaha

Latihan praktikal dulu, abang kena campak dekat pantai timur. Bagi abang, ini tempoh yang mematangkan abang. Jauh daripada family abang sorang-sorang berani mati bawa diri. Pernah dulu terdetik dalam hati. kalau takdak yang datang mengetuk pintu hati, abang nekad nak bawa diri.

Masa terus berlalu, abang terus matang. Tabah abang harungi semua benda sendiri. Akhirnya abang berjaya grad on time. Alhamdulillah, dengar2 dia pon dah grad. "Tahniah atika" kata abang dalam hati.

Abang ada sedikit saving, jadi untuk menyembunyikan diri abang travel ke sana kemari. The last place abang travel is Seoul, Korea. Sepanjang abang dekat Seoul, abang muhasabah diri, dekat mana silap abang. Travel banyak sedarkan abang tentang kehidupan. Abang tekad balik Malaysia abang nak luahkan perasaan yang abang pendam selama ini. Abang cari masa yang sesuai.

December 2014, akhirnya apa yang abang pendamkan, sudah abang luahkan. Walaupun respon tidak seperti yang diharapkan, tapi abang rasa satu kepuasan yang selama ini abang cari.......

08 July, 2015

Part of Me (Part 2)


Salam sejahtera ke atas kamu.

Ok, abang nak buat sambungan untuk entry yang lepas. Abang nak tulis habis terus satu story tak boleh pasai abang nak kena recall balik. Bila dah dapat recall abang nak kena skip pulak part yang tak penting. Kalau boleh filter, dah lama abang buat.

Back to topic, paham quote dekat atas tu. "If it's meant to be it will be." 

Ok abang teruskan. Tahun 2010 abang biarkan berlalu begitu sahaja. Aband decide buat sementara hati abang close for renovation. Maka abang reserve hati abang, moga-moga dia sedar kehadiran abang. Bukan senang nak bina balik, kalau bina balik pon belum tentu sama macam yang mula-mula. Jadi abang pilih nak bina baru instead of renovate balik apa yang dah runtuh. Pilihan abang masa tu cuma dia, hati meronta bagi nak gila, jiwa derita dahagakan kasih daripadanya. Pergh ayat ! Ini kalau kena dekat girlfriend hampa mau kencing manis budak tu. So, please don't use this words at home hahahaha

Tahun 2011, abang sibuk cari duit, mana tahu ada rezeki dapat sambung belajar kan. At that time, abang dah jarang dengar pasal dia. Buat apa? sihat kah? Dengan siapa? 

Yang abang mampu masa tu cuma stalk dia, itupun jarang sekali dapat stalk. Kerja masuk pukul 9 balik pukul 10. Agak terhad untuk abang bahagikan masa. Senang cerita, abang sengaja sibukkan diri. Itu yang abang mampu buat. 

Alhamdulillah, abang dapat surat tawaran sambung degree dekat UiTM Penang. Ikutkan hati, mahu saja abang bawa hati yang lara ni pergi obersi. Bukan masalah rezeki, tapi kenalah cermin diri. Belajar malas nak pergi obersi, pukul dengan besi baru tau hahahaha

At that time abang dengar dia dapat further study dekat Universiti Malaysia Terengganu. Hati abang mula tak tenteram padahal bukan ada apa-apa pon hahahaha

Tapi abang yakin, kalau ada jodoh kita pasti jumpa lagi satu hari nanti. InsyaAllah

Maka bermula lah kehidupan sebagai student  universiti........

01 July, 2015

Part of Me (Part 1)


Salam sejahtera ke atas kamu.

Nampak gambar dekat atas tu? Hik hik hik

Kalau orang lain nak ada bunga, begitu juga abang. Yang sebelah tu of course lah bakal father in law hehehe 

By the way, naluri manusia sama sahaja, mahu memiliki dan dimiliki. Mahu mencintai dan dicintai. Kisah perkenalan abang dan dia sangat tragis dan menyayat hati. Gitewwww

So abang mulakan dengan serba sikit tentang dia. Nur Atika Ahmad Zahari, gadis 20-an, berkaca mata. berlesung pipit sebelah kanan, kecil sahaja orangnya. First time abang nampak dia dekat sekolah pasai kelas abang sebelah kelas dia. Masa tu tahun 2009, bulan berapa tak hengat la abang. Mula-mula curi-curi pandang, sekali pandang haaaaa melekat dihati. Dan abang jatuh cinta pandang pertama. Ya, jatuh cinta.

Hari berganti hari, minggu berganti minggu, bulan silih berganti. 

Nak dijadikan cerita, abang tukar bidang. Abang sebenarnya budak STPM. Daripada syariah kepada ekonomi. Abang tak nak cerita macam mana abang survive nak cover balik bab yang tertinggal, sebab entry kali ni abang nak cerita kisah abang, abang nak abadikan kisah abang. Boleh jadi tatapan anak cucuk kelak supaya tidak mudah berputus asa.

So, bila dah tukar kelas abang boleh tengok dia lebih dekat, Mudah kata, tak payah curi-curi tengok. Lagipon abang baru sahaja melalui saat-saat kejatuhan abang. Kalau terlalu cepat abang beralih arah, pasti salah dimata manusia. Ya, ada sahaja yang tidak kena. Abang itu, abang ini. Jadi, kalau nak tahu, datang jumpa. Abang nanti perhalusi satu persatu. 

TETAPI,

Haaaa ada tetapi.

Sepanjang abang satu kelas dengan dia, we never had a serious talk even a single word. Kalau setakat gurau gelak haha huhu hihi tu ada la sikit. Lepastu krikkk krikkk sampai kesudah.

Dan hari-hari suram abang berlalu begitu sahaja. Hanya mampu tengok daripada jauh, dia gelak abang gelak, dia senyum abang senyum. Masa tu kalau kambing tengok mesti dia cakap abang gila sebab abang senyum macam kambing hahahaha

Akhirnya, peluang yang ada sepanjang abang dekat dengan dia abang sia-siakan. Mula-mula abang kecewa dengan diri sendiri. Ya, sangat kecewa. Tak apa, silap abang juga. Mungkin ada hikmah. Jadi abang kumpul harapan yang ada untuk terus tunggu..........