"I welcome and seek your ideas, but do not bring me small ideas; bring me big ideas to match our future." - Arnold Schwarzenegger

01 July, 2015

Part of Me (Part 1)


Salam sejahtera ke atas kamu.

Nampak gambar dekat atas tu? Hik hik hik

Kalau orang lain nak ada bunga, begitu juga abang. Yang sebelah tu of course lah bakal father in law hehehe 

By the way, naluri manusia sama sahaja, mahu memiliki dan dimiliki. Mahu mencintai dan dicintai. Kisah perkenalan abang dan dia sangat tragis dan menyayat hati. Gitewwww

So abang mulakan dengan serba sikit tentang dia. Nur Atika Ahmad Zahari, gadis 20-an, berkaca mata. berlesung pipit sebelah kanan, kecil sahaja orangnya. First time abang nampak dia dekat sekolah pasai kelas abang sebelah kelas dia. Masa tu tahun 2009, bulan berapa tak hengat la abang. Mula-mula curi-curi pandang, sekali pandang haaaaa melekat dihati. Dan abang jatuh cinta pandang pertama. Ya, jatuh cinta.

Hari berganti hari, minggu berganti minggu, bulan silih berganti. 

Nak dijadikan cerita, abang tukar bidang. Abang sebenarnya budak STPM. Daripada syariah kepada ekonomi. Abang tak nak cerita macam mana abang survive nak cover balik bab yang tertinggal, sebab entry kali ni abang nak cerita kisah abang, abang nak abadikan kisah abang. Boleh jadi tatapan anak cucuk kelak supaya tidak mudah berputus asa.

So, bila dah tukar kelas abang boleh tengok dia lebih dekat, Mudah kata, tak payah curi-curi tengok. Lagipon abang baru sahaja melalui saat-saat kejatuhan abang. Kalau terlalu cepat abang beralih arah, pasti salah dimata manusia. Ya, ada sahaja yang tidak kena. Abang itu, abang ini. Jadi, kalau nak tahu, datang jumpa. Abang nanti perhalusi satu persatu. 

TETAPI,

Haaaa ada tetapi.

Sepanjang abang satu kelas dengan dia, we never had a serious talk even a single word. Kalau setakat gurau gelak haha huhu hihi tu ada la sikit. Lepastu krikkk krikkk sampai kesudah.

Dan hari-hari suram abang berlalu begitu sahaja. Hanya mampu tengok daripada jauh, dia gelak abang gelak, dia senyum abang senyum. Masa tu kalau kambing tengok mesti dia cakap abang gila sebab abang senyum macam kambing hahahaha

Akhirnya, peluang yang ada sepanjang abang dekat dengan dia abang sia-siakan. Mula-mula abang kecewa dengan diri sendiri. Ya, sangat kecewa. Tak apa, silap abang juga. Mungkin ada hikmah. Jadi abang kumpul harapan yang ada untuk terus tunggu..........

No comments:

Post a Comment